"Allahuakbar."
Sebagai sahaja LJ mahu memulakan bacaan al-Fatihah, tiba-tiba LJ tersentak. Hilaian ketawa dari ustazah-ustazah yang menjadi housemates LJ telah menganggu usaha LJ untuk khusyuk bersolat Isyak. LJ yang sememangnya amat sukar untuk khusyuk dalam solat, menjadi sedikit marah dan bengang dengan sikap mereka. Nak dikata LJ sengaja memilih tempat yang tidak bersesuaian, LJ telahpun memilih untuk solat di dalam bilik sedangkan lapangan tempat yang dikhususkan untuk solat telah tidak sesuai langsung untuk membina kekhusyukan. TV yang tidak ditutup, bersembang secara kuat, bergelak ketawa.Allah.
Bilik yang LJ bersolat, sengaja LJ rapatkan pintunya, padamkan lampu membiarkan kesamaran cahaya membantu LJ untuk bersolat sesempurna yang boleh. Namun, pintu bilik dikuak dengan hilaian ketawa. Langsung tidak dihormati LJ yang masih lagi bersolat.
Usai memberi salam, air mata LJ mengalir menahan kemarahan yang teramat sangat. Itu sahaja yang LJ mampu lakukan. Biarlah Allah swt sahaja yang membalas perbuatan mereka. LJ kesal bukan sahaja pada akhlak mereka, tetapi memikirkan mereka ini adalah ustazah-ustazah keluaran sistem pendidikan yang penuh dengan kekorupsian, hasilnya jadilah usatazah yang lagi teruk daripada yang bukan ustazah. Ustazah yang hampeh.
LJ bukanlah seorang yang pandai dalam bidang agama, akan tetapi, setakat yang LJ pelajari semasa di pondok tempoh hari, Islam sangat mengajar umatnya untuk menghormati orang yang sedang beribadat apatah lagi beribadat kepada Allah swt.
Astaghfirullahal azim.
LILYJINGGA BERBICARA
Thursday, 6 February 2014
Monday, 13 January 2014
Sendu dalam medan
Baru-baru ini, LJ sempat mengikuti perbualan makcik-makcik seperjuangan di dalam 'group whatsapp'. LJ sedikit sedih tatkala perbualan itu lebih kepada mengumpat saudara Muslim yang lain. Kesedihan LJ berpunca dari dua perkara. Yang pertama, LJ sedih kerana perbualan ini disertai oleh mak cik-makcik yang mengaku berada dalam gerakan dakwah Islam namun, akhlak yang dipamerkan dalam perbualan tersebut langsung tidak menggambarkan akhlak yang baik terhadap mad'u meskipun perbualannya berlaku sekitar sahabat-sahabat yang rapat. Yang keduanya, sekalipun perbualan itu bertujuan pada asalnya menceritakan tindakan-tindakan musuh Islam, seharusnya disertai dengan plan-plan tindakan yang perlu diambil untuk menarik madu' bukannya terus-terusan menghukumnya.
Apabila memikirkan perakara ini, LJ jadi sedih. Banyak lagi yang perlu LJ usahakan untuk membantu sekadar yang mampu. Dalam keadaan begini LJ amat memahami beratnya tugas mereka di dalam unit tarbiyyah. Demi cintakan gerakan dakwah Islam ini, sama-samalah kita memperbaiki akhlak kita sebagai seoarng daei. Allahulmustaan.
Apabila memikirkan perakara ini, LJ jadi sedih. Banyak lagi yang perlu LJ usahakan untuk membantu sekadar yang mampu. Dalam keadaan begini LJ amat memahami beratnya tugas mereka di dalam unit tarbiyyah. Demi cintakan gerakan dakwah Islam ini, sama-samalah kita memperbaiki akhlak kita sebagai seoarng daei. Allahulmustaan.
Labels:
Perjuangan
Saturday, 4 January 2014
Azam LJ bagi tahun 2014
Apabila menjengah tahun baru tidak kiralah tahun baru Masihi mahupun tahun baru Islam, kita semua tidak terlapas dari memikirkan azam-azam yang ingin dicapai. Bagi LJ, tidak ada salahnya kita membina azam-azam yang ingin dicapai selagi mana semuanya itu tidak bercangggah dengan ajaran dan syariat Islam. Dan tidak ada salahnya juga untuk kita meletakkan azam itu pada bila-bila masa yang kita suka.
Tahun ini, LJ turut menukilkan beberapa azam yang ingin LJ usahakan pada tahun ini.Sengaja memilih awal tahun Masihi kerana LJ memikirkan kebanyakan sistem yang LJ lalui hari ini menggunakan kalendar Masihi sebagai perancang aktiviti tahunan. LJ yang masih lagi bekerja di bawah sistem ini terpaksa memilih untuk seiringkan perancangan LJ dengan perancangan mereka. Semoga Allah swt mengembalikan sistem kalendar Hijriyyah untuk digunakan secara mneyeluruh di seluruh institusi dunia.
LJ telah membahagikan azam-azam LJ ini kepada 7 bahagian.
1. Ibadat khusus kepada Allah swt.
2. Khidmat masyarakat.
3. Perancangan kewangan.
4. Belajar
5. Kerja
6. Perjuangan jemaah.
7. Kesihatan.
Jika dilihat kepada huraian secara terperinci ke atas setiap bahagian-bahagian ini ternyata sangat banyak yang harus dicapai. Namun, LJ menganggap itu semua sebagai cabaran yang harus LJ tempuhi berbekalkan doa, usaha, ihtiar dan tawakkal.
Allahulmustaan.
Labels:
Siapa aku
Wednesday, 1 January 2014
Starting my 2014 journey.
Assalamualaykum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt sekalian. Apa khabar hendaknya. Sudah lama juga LJ tidak menitipkan kata-kata di sini. Malu juga untuk LJ memjadikan sibuk sebagai alasannya. Namun itulah hakikat yang LJ terpaksa hadapi. 24 jam sehari yang telah Allah swt berikan kepada LJ seolah-olah tidak cukup malah agak semput untuk LJ mengejarnya.
Alhamdulillah, kita telahpun menjengah ke tahun baru 2014 bagi kalendar Masihi. Ternyata semakin bertambah hari semakin mencabar hari-hari yang bakal LJ tempuhi. Dan yang pastinya, semakin hampir juga LJ pada kematian. Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan mati bagiku, Kau matikanlah aku sebagai seorang suhada'.
Sebagai hamba Allah swt yang beriman kepada Qada' dan Qadarnya, LJ yakin segala masalah dan kedukaan yang LJ lalui pada tahun lalu adalah tanda cinta dan kasihnya Allah swt kepada LJ. Semuanya itu adalah latihan untuk LJ menjadi seorang yang terus sabar dan sabar dengan perjalanan hidup di atas dunia ini yang terlalu berliku.
Buat sahabat-sahabat sekalian, kita jangan berhenti berharap ye. Doa dan teruskan berdoa agar impian kita untuk menggapai mardhatillah itu sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt. Jom jadikan tahun 2014 sebagai tahun untuk menambah keimanan kita, memperbaiki akhlak kita.
Love Allah, love Rasulullah saw.
Alhamdulillah, kita telahpun menjengah ke tahun baru 2014 bagi kalendar Masihi. Ternyata semakin bertambah hari semakin mencabar hari-hari yang bakal LJ tempuhi. Dan yang pastinya, semakin hampir juga LJ pada kematian. Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan mati bagiku, Kau matikanlah aku sebagai seorang suhada'.
Sebagai hamba Allah swt yang beriman kepada Qada' dan Qadarnya, LJ yakin segala masalah dan kedukaan yang LJ lalui pada tahun lalu adalah tanda cinta dan kasihnya Allah swt kepada LJ. Semuanya itu adalah latihan untuk LJ menjadi seorang yang terus sabar dan sabar dengan perjalanan hidup di atas dunia ini yang terlalu berliku.
Buat sahabat-sahabat sekalian, kita jangan berhenti berharap ye. Doa dan teruskan berdoa agar impian kita untuk menggapai mardhatillah itu sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt. Jom jadikan tahun 2014 sebagai tahun untuk menambah keimanan kita, memperbaiki akhlak kita.
Love Allah, love Rasulullah saw.
Labels:
Pengalaman hidup,
Siapa aku
Saturday, 24 August 2013
akan kuterus ketuk pintu TUHANku
Dunia yang penuh dengan ujian yang serba mencabar sedikit sebanyak mampu menduga kekuatan iman di dalam jiwa. Dosa dan noda membuatkan kita hanyut. Hanyut ditelan arus duniawi yang bergelora. Kita kecewa. Terasa kesedihan yang tak tertanggung. Hinanya kita dalam dosa itu.
Sahabat yang dikasihi Allah. Sedarlah dikau, kesedihan dan kekecewaan itu adalah rahmat dan kasih sayang Allah yang dihadiahkan buatmu. Dikala mereka yang lain gembira malah berbangga dengan dosa, beruntunglah dikau menjadi insan pilihan untuk diarahkan jalan kembali padaNya.
Ungkapkanlah lafaz Astaghfirullah. Astaghfirullah. Ampuni aku ya Allah.
Rintihlah padaNya akan dosamu. Ampuni dosa-dosaku wahai Allah. Tak tertanggung diri ini dengan perbuataku yang hina itu ya Allah. Janganlah Kau bencikanku Wahai Allah. Kasihilah aku. Rahmatilah Aku. Aku ingin kembali padaMu, wahai Allah. Terimlah taubatku, wahai Allah. Allah. Allah.
Friday, 2 August 2013
Biji benih yang manakah kita?
Hidup ini tidak terlepas dari mencari dan terus mencari sang murabbi, menjadi panduan agar tidak tersesat dilanda badai yang kadang-kadang menampilkan geloranya. Dan ternyata, murabbi yang bernama pengalaman itulah yang seringkali mudah dirasai sentuhan didikannya.
Pencarian demi pencarian itu ternyata membawaa kita menjengah ke pelbagai situasi yang kadang-kadang tidak menepati cita rasa hati. Tidak kena pada jiwa yang membawa perawakan yang berbeza. Tidak mengapa, sahabat. Kerana dirimu tetap bisa menjadi sebaik mungkin. Kerana itulah yang diajarkan oleh pepatah nenek moyang kita.
"Jadilah seperti benih yang baik.
Dilempar ke lautan menjadi pulau.
Dilempar ke daratan menjadi gunung."
Thursday, 1 August 2013
The best night ever...
O Allah, grant me with Lailatul Qadr.
"Seek it in Ramadhan in the last ten nights. For verily, it is during the odd nights, the twenty-first, the twenty-third, or the twenty fifth, or the twenty-seventh, or the twenty-ninth or during the last night."
Sahih Hadith Ahmad 5:318
Subscribe to:
Posts (Atom)


