Apabila menjengah tahun baru tidak kiralah tahun baru Masihi mahupun tahun baru Islam, kita semua tidak terlapas dari memikirkan azam-azam yang ingin dicapai. Bagi LJ, tidak ada salahnya kita membina azam-azam yang ingin dicapai selagi mana semuanya itu tidak bercangggah dengan ajaran dan syariat Islam. Dan tidak ada salahnya juga untuk kita meletakkan azam itu pada bila-bila masa yang kita suka.
Tahun ini, LJ turut menukilkan beberapa azam yang ingin LJ usahakan pada tahun ini.Sengaja memilih awal tahun Masihi kerana LJ memikirkan kebanyakan sistem yang LJ lalui hari ini menggunakan kalendar Masihi sebagai perancang aktiviti tahunan. LJ yang masih lagi bekerja di bawah sistem ini terpaksa memilih untuk seiringkan perancangan LJ dengan perancangan mereka. Semoga Allah swt mengembalikan sistem kalendar Hijriyyah untuk digunakan secara mneyeluruh di seluruh institusi dunia.
LJ telah membahagikan azam-azam LJ ini kepada 7 bahagian.
1. Ibadat khusus kepada Allah swt.
2. Khidmat masyarakat.
3. Perancangan kewangan.
4. Belajar
5. Kerja
6. Perjuangan jemaah.
7. Kesihatan.
Jika dilihat kepada huraian secara terperinci ke atas setiap bahagian-bahagian ini ternyata sangat banyak yang harus dicapai. Namun, LJ menganggap itu semua sebagai cabaran yang harus LJ tempuhi berbekalkan doa, usaha, ihtiar dan tawakkal.
Allahulmustaan.