Baru-baru ini, LJ sempat mengikuti perbualan makcik-makcik seperjuangan di dalam 'group whatsapp'. LJ sedikit sedih tatkala perbualan itu lebih kepada mengumpat saudara Muslim yang lain. Kesedihan LJ berpunca dari dua perkara. Yang pertama, LJ sedih kerana perbualan ini disertai oleh mak cik-makcik yang mengaku berada dalam gerakan dakwah Islam namun, akhlak yang dipamerkan dalam perbualan tersebut langsung tidak menggambarkan akhlak yang baik terhadap mad'u meskipun perbualannya berlaku sekitar sahabat-sahabat yang rapat. Yang keduanya, sekalipun perbualan itu bertujuan pada asalnya menceritakan tindakan-tindakan musuh Islam, seharusnya disertai dengan plan-plan tindakan yang perlu diambil untuk menarik madu' bukannya terus-terusan menghukumnya.
Apabila memikirkan perakara ini, LJ jadi sedih. Banyak lagi yang perlu LJ usahakan untuk membantu sekadar yang mampu. Dalam keadaan begini LJ amat memahami beratnya tugas mereka di dalam unit tarbiyyah. Demi cintakan gerakan dakwah Islam ini, sama-samalah kita memperbaiki akhlak kita sebagai seoarng daei. Allahulmustaan.