"Allahuakbar."
Sebagai sahaja LJ mahu memulakan bacaan al-Fatihah, tiba-tiba LJ tersentak. Hilaian ketawa dari ustazah-ustazah yang menjadi housemates LJ telah menganggu usaha LJ untuk khusyuk bersolat Isyak. LJ yang sememangnya amat sukar untuk khusyuk dalam solat, menjadi sedikit marah dan bengang dengan sikap mereka. Nak dikata LJ sengaja memilih tempat yang tidak bersesuaian, LJ telahpun memilih untuk solat di dalam bilik sedangkan lapangan tempat yang dikhususkan untuk solat telah tidak sesuai langsung untuk membina kekhusyukan. TV yang tidak ditutup, bersembang secara kuat, bergelak ketawa.Allah.
Bilik yang LJ bersolat, sengaja LJ rapatkan pintunya, padamkan lampu membiarkan kesamaran cahaya membantu LJ untuk bersolat sesempurna yang boleh. Namun, pintu bilik dikuak dengan hilaian ketawa. Langsung tidak dihormati LJ yang masih lagi bersolat.
Usai memberi salam, air mata LJ mengalir menahan kemarahan yang teramat sangat. Itu sahaja yang LJ mampu lakukan. Biarlah Allah swt sahaja yang membalas perbuatan mereka. LJ kesal bukan sahaja pada akhlak mereka, tetapi memikirkan mereka ini adalah ustazah-ustazah keluaran sistem pendidikan yang penuh dengan kekorupsian, hasilnya jadilah usatazah yang lagi teruk daripada yang bukan ustazah. Ustazah yang hampeh.
LJ bukanlah seorang yang pandai dalam bidang agama, akan tetapi, setakat yang LJ pelajari semasa di pondok tempoh hari, Islam sangat mengajar umatnya untuk menghormati orang yang sedang beribadat apatah lagi beribadat kepada Allah swt.
Astaghfirullahal azim.