Friday, 26 October 2012

Walimah di pesantren..=)

Kak Nur telahpun bersiap. Indah sungguh persalinannya. Berwarna silver. Mengenakan solekan nipis, sekadar untuk menyembunyikan wajahnya yang pucat dan tidak bermaya. Hari berbahagia yang dinanti-nanti sekian lama setelah pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhinya.

"Kak Nur, kain net yang akak tunjuk semalam mana? Kenapa akak tak pakai?"
"Ala, akak nak simple je. Susah nak kenakan dengan niqab ni kalau akak pakai net tu."
"Eh, takdelah akak. Biar saya tolong akak pakai ye. Barulah nampak macam pengantin kak."
"Yelah, yelah."

Hari ini adalah antara hari yang bersejarah sepanjang LJ berada di Pesantren (Pondok) Pasir Tumboh. Majlis walimah Kak Nur dan Abang Ramli, dua insan yang sangan rapat dengan saya. Meskipun mengenali mereka hanya seketika, namun persaudaraan itu terasa begitu erat. Indah bukan apabila kita bersahabat kerana Allah swt.

Umi Zah (guru mengaji saya) telah bermurah hati menaja majlis walimah Kak Nur. Makan nasi arab lagi. Subnallah. Majlis yang sangat ringkas, namun sangat penuh barakahnya. Barakallahulakuma wabaraka a'laikuma fi khair.

Hidangan telah disajikan dalam bentuk bertalam. Ya, kami makan bertalam. Menarik bukan? Ukhwah menjadi antara agenda utama yang dititikberatkan.

Ternyata, hajat LJ untuk merasai walimah di suasana pesantren dimakbulkan Allah swt. Terima kasih ya Allah. =)