"Eh, dah lebih setengah jam ni. Hari ni memang takde imam ke?"
"Ar ah. Memang takde pun imam muslimin hari ini."
"Ye ke. Kalau macam tu, jom lah kita solat."
"LJ lah imamkan."
"Aisy. Jangan macam tu. Saya baru je masuk sini. Bagi orang pondok lah yang imamkan."
"Takpe. Tak kisah pun siapa-siapa. LJ imamkan ye."
"Err, insha Allah. Enti iqamahkan ye."
Suatu pengalaman yang paling LJ tidak dapat lupakan adalah pengalaman menjadi imam untuk para muslimat pondok. Bukan sekali, malah berkali-kali. Pada mulanya, terketar-ketar juga kaki LJ memandangkan makmum yang dibelakang jauh lebih hebat. LJ bertawakkal berberkalkan pengalaman mengimamkan sahabat-sahabat sewaktu belajar sebelum ini. Jauh di sudut hati, LJ berdoa semoga pengalaman ini mampu memperbaiki mutu solat LJ yang mungkin ada cacat celanya sebelum ini.
Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat sekalian.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Fokus utama imam ialah menyempurnakan perintah Allah ini dengan sebaik mungkin. Dalam hal pelaksanaan, sebaik dan terbaik ialah dengan melaksanakannya dengan penuh rukun dan syarat, pada masa yang sama ia tidak membebankan jemaah. Pendek kata, ia dilaksanakan dengan “mudah (taysir) dan ringan (takhfif)”. Justeru, syarak menolak pelaksanaan ibadah yang sukar (ta‘sir) dan membuatkan manusia menjauhi daripada hadir berjemaah (tanfir). Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah ra di bawah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا…
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi saw ia bersabda, “Sesungguhnya Islam agama yang mudah. Justeru, jangan sesiapa melampaui (dalam urusan agama) melainkan kelak ia akan ditewaskan. Oleh itu bersederhanalah, sekiranya tidak mampu maka beramal dengan amalan yang menyamainya dan beritahulah khabar gembira bahawa kekurangan yang berlaku bukan kerana kehendaknya tidak mengurangkan pahalanya.
Rujuk: Peranan Imam Dalam Berjemaah
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"LJ dari pondok mana ye?"
"Hmm, saya tak pernah belajar di pondok sebelum ni."
"Owh ye ke. Tapi, awak pandai mengaji al-Quran."
"Err, saya naik atas dulu ye."