"Assalamualaikum. Ni Ustazah Hidayah ke?"
"Ye saya. Ada apa ye?"
"Owh, macam ni ustazah. Saya dengan seorang lagi sahabat saya berhajat untuk belajar di Pondok Pasir Tumboh. Boleh ke kalau kami terus daftar?"
"Boleh je. Bila-bila masa pun boleh."
"Alhamdulillah."
Segala puji bagi Allah swt kerana dengan rahmatNya, tercapai juga hasrat LJ untuk bertalaqqi di salah satu pusat pendidikan yang menyediakan sistem pengajian yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang hebat-hebat. Bukan sahaja alim malah faqih dalam ilmu agama. Subhanallah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. LJ terus bersujud syukur sebaik sahaja ayah LJ menyatakan persetujuannya. Menitis air mata LJ. Sesungguhnya, Allah swt itu sungguh Pemurah. Hasrat ini telah 4 tahun LJ pendamkan. Namun keinginan ini tidak pernah padam dari hati LJ. Sentiasa berusaha mencari kesempatan demi kesempatan untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu sebagai bekalan untuk memperbaiki diri LJ yang sungguh lemah ini.
Sebelum ini, LJ pernah dibawa oleh ayah LJ ke Pondok Pasir Tumboh. Sekadar pusing-pusing disebabkan LJ begitu teringin untuk melihat suasana di sana. Sejuk sungguh hati LJ tatkala melihat pelajar muslimin yang sungguh jernih wajah mereka. Lengkap berserban, berjubah dan berburdah. Pelik juga LJ kerana langsung tidak kelihatan pelajar muslimat. Di mana mereka ya?
"Akak, kita kena pakai purdahlah."
"Ye ke LJ?"
"Ar ah. Peraturan untuk muslimat kat sana."
"Alhamdulillah."
Kak Nur tersenyum manakala LJ pula ternganga.
Allahumma Rabbi yassir wala tuassir.
p/s: Purdah ninja?