Wednesday, 12 September 2012

Sebuah pertemuan


"Mana tempatnya ni? Dah berapa kali kita pusing-pusing, tak jumpa-jumpa juga."
"Cuba kita tanya orang."

Setelah beberapa ketika mencari dan bertanyakan orang ramai akan lokasi kolej persediaan, tempat yang menemukan LJ dengan sahabat-sahabat yang mungkin sukar untuk LJ temui di tempat-tempat yang lain, akhirnya LJ sekeluarga tiba di hadapan sebuah bangunan yang kelihatnnya berusia hampir 50 tahun. Tepat di atas sebuah bukit yang tidak berapa tinggi. Di sekelilingnya adalah taman-taman yang cukup hijau panoramanya. Dapat kedengaran bunyi-bunyi burung yang terbang riang di awanan. Ada sebuah Resort tidak jauh dari bangunan ini.

"Betul ke ini tempatnya?"
"Betullah kut. Signboard nya pun dah betul tu."
"Tapi, macam tak de orang je."

Tidak lama selepas itu, datanglah segerombolan anak-anak muda berpakaian kemas dari satu kawasan yang berdekatan dengan bangunan tadi. Yang lelakinya, berpakaian kemeja manakala yang perempuannya berbaju kurung. Formal.

"Ni students barangkali. Kita datang awal sangat. Patutlah tak de orang tadi. Kelas pun baru nak start."

LJ sangat yakini mereka adalah pelajar-pelajar di tempat persediaan yang bakal LJ jalani selama dua tahun ini. Dari jauh, LJ mengamati satu persatu pelajar yang melalui tempat kami menunggu sementara kaunter pendaftaran dibuka. Mencari kelibat insan-insan yang bertudung labuh mengharapkan LJ bakal tidak keseorangan yang berpakaian sedemikian di sini. Semakin surut pelajar yang bergerak ke kelas masing-masing, semakin surut juga harapan LJ. Inilah fitrah manusia yang Allah swt jadikan di mana manusia akan lebih tertarik pada manusia lain yang mempunyai persamaan, lalu terbentuklah apa yang dikatakan sebagai adat dan budaya. Dan, dituntut kita untuk saling mengenali mereka yang berbeza.

"Kak long, orang tu macam nak daftar juga tu."

LJ berpaling dan mata LJ terpaku pada seorang gadis berbaju kurung kelabu berbunga merah dan bertudung labuh warna sedondon.  
Posted by Picasa