Friday, 28 December 2012

CIFP

Wahai Allah, seandainya jalan ini mendekatkan aku denganMu, Kau takdirkanlah hasrat ini untuk aku.
Wahai Allah, seandainya jalan ini menhampirkan aku dengan redha dan cintaMu, Kau permudahkanlah bagiku akan jalan menuju cita-cita ini.
Wahai Allah, tetapkanlah hatiku untuk sentiasa melangkah demi meraih cintaMu.

Tidak terucap dek kata-kata, tidak terungkai dek bicara. Subhanallah, Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas kurnianNya yang tidak pernah putus. Allahuakbar, sesungguhnya teramatlah besar penguasaanNya meliputi segala ciptaanNya. Aku hanyalah aku. 

Permohonan LJ untuk mendalami ilmu ekonomi dan kewangan Islam telah dimakbulkan Allah. Tinggalnya usaha gigih yang harus LJ tumpahkan berpasakkan niat untuk meraih redha Allah swt semata-mata. Bukan untuk mengejar wang, bukan juga untuk mengejar popular. Kerana LJ sangat yakin, niat itulah yang mendatangkan rahmat Allah swt yang membawa kepada peluang ini. Wahai Allah, peliharakanlah hati ini dari segala yang mengundang kemurkaanMu.

Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) di International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF).

Bismillahi tawakkaltu a'lallah.